KUALA LUMPUR – Sebelum ini beberapa selebriti ‘terkena’ dengan kontroversi gambar bogel mirip diri mereka tersebar di laman sosial.
Antara yang pernah menjadi mangsa adalah Syafiq Kyle, Zul Ariffin, Atikah Suhaime dan Idris Khan.
Penyebaran gambar tidak bertanggugjawab itu tetap menjadi buah mulut masyarakat walaupun belum tahu kesahihan gambar tersebut.
Semalam pula, foto panas mirip anak teruna pelakon Rozita Che Wan, Ammar Effendy disebar oleh netizen.
Walaupun Ammar tidak terlibat secara langsung dalam dunia seni, populariti mereka sekeluarga turut sedikit sebanyak mengheret Che Ta dalam isu ini.
Dua foto berkenaan yang dipercayai viral bermula dari laman Tumblr kemudiannya dikongsi di laman sosial lain seperti Twitter dan dikongsikan netizen menerusi platform itu.
Lelaki mirip Amar itu dilihat memperagakan badan berotot tanpa seurat benang dan berposing di depan kamera.
Namun tenang dengan kontroversi sedemikian, Che Ta berkata, dia dan keluarga tidak mudah melatah dengan isu itu.
Padanya, mereka anak beranak sudah terbiasa dengan pelbagai kontroversi sejak dia bergelar selebriti 13 tahun lalu.
Che Ta juga dilihat memuatnaik status di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan mengenai isu itu dengan kapsyen bersifat motivasi untuk mereka yang membawa mulut mengenai individu lain. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.