Rabu, 1 Ogos 2018

'Ellie, kau terlebih minum ketum ke?'

MALAYAIAKINI



Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyelar sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya kerap bermain sandiwara kerana tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya, BN.

Bagi Chef Wan, Ellie tidak serik-serik tampil dengan teori sendiri dan terbaru mendakwa pembentukan kerajaan sekarang berlaku ekoran rakyat negara ini mempercayai fitnah-fitnah ditabur Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi, seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.

“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya dalam Instagram.

Kata Chef Wan, pengundi yang menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu pasti mengikuti dan memahami perkembangan situasi politik dalam negara.

Jelasnya, rakyat mengundi berdasarkan fakta, angka dan melihat bagaimana pencapaian kerajaan terdahulu yang terbabit pelbagai skandal.

“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.

“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya.

Tambahnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat Malaysia keluar secara bebas membuang undi pada PRU ke-14 9 Mei lalu.

“Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yang masing-masing yang mengundi dengan bebas tanpa was-was atau pun di dalam ketakutan?” katanya.

Kata Chef Wan lagi, rakyat seharusnya bersedia untuk memberi peluang kepada HARAPAN dalam mentadbir negara selama tempoh lima tahun ini.

Katanya, kerajaan sudah pun ditubuhkan malah rakyat Malaysia tidak berjanji untuk memberikan hak memerintah pada mana-mana parti buat selama-lamanya.

“Dia lupa kepada kuasa majoriti yang mengundi atau dia bodoh dan sombong? Nak berjuang balik tunggulah pilihan raya seterusnya dan sementara itu belajar la dari kesilapan sendiri masing-masing untuk menebus balik kepercayaan rakyat negara ini.

“Adakah jelas dia ni meroyan sejak kebelakangan ini? Kau terminum air ketum lebih ke? Belum pun empat tahun mereka memerintah kau dah burukkan mereka! Kau tu siapa? Kau ado?” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.