Isnin, 27 Ogos 2018

Bekas timbalan menteri meninggal dunia

MALAYSIAKINI

   

Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Ampang.

Arwah dilaporkan meninggal dunia selepas menghidap penyakit barah darah dan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2 pagi tadi.

Beliau yang juga bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang pernah menjadi anggota parlimen Nibong Tebal pada pilihan raya umum 2004.

Zainal Abidin juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.

Menurut laporan Astro Awani jenazah Zainal Abidin akan dibawa pulang ke Sungai Acheh, Seberang Prai Selatan untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.