Rohana Wahed, Astro Awani
Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Openg berkata, projek itu dilaksana Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Linde Malaysia Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2019.
Bercakap pada majlis pecah tanah projek perintis itu pada Ahad, Abang Johari berkata, loji tersebut beroperasi secara automatik bagi meminimumkan tenaga kerja.
"Saya harap projek ini dapat menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar dan pengeksport tenaga hijau dunia pada masa akan datang.
"Industri gas berubah kerana keperluan mempunyai persekitaran bersih pada hari ini," katanya.
Katanya lagi, sebelum ini, Sarawak menghasilkan oksigen dan gas asli cecair (LNG).
"Dan mungkin satu hari nanti kita jadi pengeluar utama hidrogen ke pasaran dunia terutama jika dapat menghasilkannya di negeri ini selain mengubah lanskap industri menjadi pengeksport gas bersih," ujarnya.
Abang Johari berkata, projek itu signifikan dengan apa dijanjikan sebelum ini iaitu tenaga hidrogen bagi Sarawak.
Justeru usahasama SEB dengan Linde disifatkan tepat dalam meneroka potensi industri gas hidrogen di dunia.
Abang Johari juga menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara dua syarikat berkenaan yang akan fokus kepada aspek penerokaan di samping menjalankan kajian teknikal bersama untuk menilai teknologi keseluruhan.
Hadir sama, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Pengerusi SEB, Datuk Amar Hamed Sepawi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Sharbini Suhaili serta Ketua Unit Perniagaan Wilayah Linde, Rob Hughes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.