Hilal Azmi, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perlis telah direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM4,000.
Tempoh reman berkuat kuasa hari ini hingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hafzan Ab. Aziz di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Katanya, suspek telah meminta wang berjumlah RM4,000 daripada seorang pemilik bot dan wang berjumlah RM2,000 telah diberikan sebelum ini.
"Suspek merupakan individu yang menguruskan hal berkaitan perlesenan. Suapan itu bertujuan untuk mempercepatkan proses perbaharuan lesen bot pemilik bot tersebut," katanya.
Tambah sumber itu lagi, SPRM juga telah membekukan empat akaun bank atas nama suspek yang dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan pembekuan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.