Madiha Abdullah, Astro Awani
PUTRAJAYA: Pelakon Datin
Umie Aida berharap satu garis panduan dapat diwujudkan sebagai satu
usaha membendung lambakan produk tidak berkualiti dalam industri
perfileman dan drama tempatan.
Ujar Umie, alasan takut rating tidak tinggi atau kutipan tiket tidak memberangsangkan, tidak boleh dijadikan kekangan untuk penggiat seni berkarya.
"Memang kita berkarya untuk masyarakat, tetapi kita tidak boleh biarkan perkara itu menyekat kreativiti.

"Kita asyik beri mereka makan ikan, sebab itu mereka tak nak makanan lain.
"Tetapi kalau kita bekerjasama, beri penonton 'makanan' yang berbeza, penonton tak ada pilihan dan perlu terima," kata Umie.
Mengakui jelak dengan tema cinta yang sering disajikan kepada penonton, pelakon prolifik ini bagaimanapun melihat genre itu masih relevan jika dihasilkan dengan lebih kritis.
"Tema itu tidak salah sebenarnya. Yang salah ialah cara kita menghasilkannya.
"Kalau kita nak sajikan makanan yang sama setiap hari kepada keluarga kita, kita perlu pelbagaikan cara hidangan itu supaya mereka tidak bosan. Begitulah perumpamaannya," tambah Umie.
Umie ditemui pada acara Bicara Santai Anak Seni Bersama Perdana Menteri, pada Khamis.
Acara tersebut, yang dianjurkan hasil idea Umie dan kakaknya, Erma Fatima, berjaya mengumpulkan lebih 100 karyawan, bertujuan membincangkan permasalahan dalam industri seni.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.