KUALA
LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menempelak tindakan bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadikan ‘bahan lawak’
semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis baru-baru ini.
Mohamad
Sabu atau lebih mesra sebagai Mat Sabu mencabar Najib yang juga Ahli
Parlimen Pekan untuk mengulangi kembali kenyataannya di Dewan Rakyat
supaya beliau dapat menjawabnya secara rasmi.
Jelas
beliau, tindakan Najib juga tentang kemampuannya untuk memikul
tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan itu sebenarnya tidak gentleman.
“Komen di luar saya tak mahu jawablah… saya nak jawab komen kalau dalam Parlimen.
“Kalau
berani komen di luar, bak kata orang, ‘tumbuk bawah pusat’, komen
sebegitu tidak gentleman, komen di dalam lebih baik. Saya jawab,”
katanya kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.
Tambah
Mat Sabu, masih terlalu bagi mana-mana pihak termasuk Najib melabelnya
kerana beliau baharu sahaja menjawat jawatan itu dalam tempoh dua bulan.
“Masih
sangat awal untuk komen kerana saya baru dua bulan dalam jawatan ini.
Tumpuan saya hanya terhadap kementerian saya. Tunggu dan lihat sebelum
menilai,” tegasnya.
Menurut portal Free Malaysia Today baru-baru ini, Najib
didakwa mempertikaikan kemampuan Mat Sabu yang juga merupakan Ahli
Parlimen Kota Raja menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Najib
pernah menjawat jawatan itu selama hampir 14 tahun ketika kerajaan
Barisan Nasional masih lagi menerajui negara ketika itu. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.