Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata apa-apa yang baik pada waktu sebelum ini akan dijadikan teladan, manakala yang buruk akan dielakkan.
"Kerajaan baru Pakatan Harapan tidak berminat untuk mambawa naratif lama. Biarlah yang lama itu jadi kenangan, yang baik kita jadi teladan, yang tak baik jadi sempadan," katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Nurul Izzah Anwar (HARAPAN-Pertamang Pauh) di Dewan Rakyat.
Terdahulu Nurul Izzah bertanya mengenai isu memorandum kementerian kepada kabinet untuk menyabung semula projek National Feedlot Corp (NFC) supaya bekalan daging untuk pengguna tempatan mencapai tahap 30 peratus.
"Apakah hasilnya memandangkan NFC memberi imej yang sangat negatif termasuk tindakan (undang-undang) diambil ke atas Rafizi (bekas anggota parimen Pandan)?" kata Nurul Izzah.
Salahuddin menambah Kementerian Pertanian bersetuju langkah-langkah produktif perlu diambil untuk membolehkan bekalan daging tempatan mencapai tahap 30 peratus.
"Kalau kita ungkap balik tentang NFC, kita tak akan pergi ke mana-mana, sebaliknya kita mesti melihat ke hadapan dan membangun dengan bertanggungjawab," katanya.
Elak lembu di kondo
Salahuddin yang juga anggota parlimen Pulai berkata setakat ini ada kira-kira 7,000 lembu sedang diusahakan selain taman kekal keluaran prominen sedang diperkasanan.
Kementerian Pertanian juga katanya mengelola program penternakan lembu integrasi yang diusahakan di 72 ladang kelapa sawit dengan luas keseluruhan 1.4 juta hektar.
"Kita boleh menternak hampir 400,000 ekor lembu. Ini ialah pelan jangka sederhana dan panjang yang kerajaan usahakan," katanya.
Terdahulu Dr Hasan Bahrom (HARAPAN-Tampin) meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan usaha yang diambil bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sebagai persediaan bagi menyambut Aidiadha.
Kata Salahuddin kementerian sudah mengambil tindakan sejak tiga bulan lalu untuk memastikan bekalan daging mencukupi.
Berdasarkan keadaan sekarang katanya ada 50,125 lembu dan 31729 kambing dan biri-biri.
"Kementerian memberi jaminan bekalan adalah mencukupi dan tidak ada pihak mengambil kesempatan memanipulasi harga," katanya.
Selesai Salahuddin menjawab, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming sempat berseloroh:
"Menteri sila pastikan lembu-lembu itu tidak duduk di kondo."
Untuk rekod projek NFC diusahakan oleh suami bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.