Pendekatan keras dengan undang-undang tak mampu bendung gejala sosial: Mujahid
KUALA TERENGGANU
– Kerajaan akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala
Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) daripada terus berleluasa,
sekali gus membantu mereka kembali ke pangkal jalan dan menjalani
kehidupan normal.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, dengan
menyantuni golongan itu secara berhemah dan pendekatan kasih sayang, ia
diyakini dapat menarik golongan itu daripada terus mengamalkan gaya
hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka terus terjebak dalam
lembah kehinaan.
Katanya,
pendekatan kekerasan dengan menggunakan undang-undang dilihat tidak
mampu membendung penularan gejala sosial itu malah ia semakin
membimbangkan apabila statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
mendapati 80 peratus daripada golongan transgender terlibat dalam
industri berkaitan seks.
“Untuk
menyelesaikan masalah ini, kita kena keluarkan mereka terlebih dahulu
dari industri itu dan ini tidak akan berlaku sehinggalah kita ada sikap
lebih terbuka untuk bantu dan bimbing mereka… itu lebih penting
berbanding masalah pakaian dan lain-lain.
“Kita tidak
mahu hanya menggunakan undang-undang kerana kelompok ini perlu didekati
untuk kita memahami apa masalah yang melingkari hidup mereka dan
bagaimana kita boleh bantu mereka supaya kembali kepada fitrah yang
Allah jadikan antara lelaki dan perempuan,” katanya selepas merasmikan
Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari 2018, di sini
hari ini.
Pada
persidangan Dewan Rakyat 23 Julai, Mujahid berkata, undang-undang sedia
ada melarang golongan itu mengamalkan gaya hidup mereka. Menikmati hak
sama rata sebagai warganegara, golongan LGBT tidak boleh didiskriminasi
dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.
Isu LGBT menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan Islam melarang sekeras-kerasnya cara hidup songsang kalangan umatnya namun dalam masa yang sama terdapat pihak yang mahu golongan ini tidak ‘diganggu’ atas alasan ia adalah hak asasi manusia.
Isu LGBT menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan Islam melarang sekeras-kerasnya cara hidup songsang kalangan umatnya namun dalam masa yang sama terdapat pihak yang mahu golongan ini tidak ‘diganggu’ atas alasan ia adalah hak asasi manusia.
Mengulas
lanjut, Mujahid berkata, kerajaan akan terus mempergiatkan penganjuran
kempen, seminar atau kem bagi mendekati golongan berkenaan dan keluarga
yang mempunyai anak tergolong sebagai LGBT.
“Ibu bapa
juga kena ada kesedaran supaya gejala ini dapat dibendung dari awal…
kami bersedia membimbing kerana kita ada kepakaran yang boleh
disumbangkan untuk sama-sama mengatasinya,” katanya.
Sementara
itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan
Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, Terengganu serius menangani gejala LGBT
terutama golongan ‘mak nyah’ dan akan terus mengadakan pelbagai usaha
termasuk membuka peluang pekerjaan bagi mencegah mereka daripada
terlibat dalam industri seks.
“Insya
Allah, hujung Ogos ini kita akan temukan mereka dengan agensi kerajaan
yang berkenaan untuk nyatakan keperluan yang mereka mahu sama ada kedai
atau latihan (Jabatan Hal Ehwal Terengganu), pihak hospital dan NGO yang
berkaitan bagi memastikan penjagaan kesihatan kerana dibimbangi
golongan ini dijangkiti HIV atau AIDS kesan daripada kehidupan songsang
yang diamalkan sebelum ini,” katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.