"Kepada semua yang bertanya mengenai kes ini, 'a sex predator in the house' . Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyiasat perkara ini.
"Saya beri jaminan kepada anda semua, khususnya pihak mangsa yang berdukacita," ciap Dzulkefly di Twitter hari ini.
Kenyataan beliau susulan laporan oleh The Star yang mewawancara beberapa pegawai perubatan yang bercakap mengenai pengalaman mereka dengan seorang doktor ketua jabatan Ortopedik di sebuah hospital di Lembah Klang itu yang mendakwa sering kali menggunakan kuasa dan autoritinya bagi mensasarkan para pegawai perubatan wanita muda.
Seorang pegawai perubatan bercakap bagaimana lelaki tersebut cuba membuka butang bajunya dan menciumnya selepas memanggilnya untuk berbincang mengenai hal berkaitan kerja.
Dakwa tiada tindakan laporan polis
Orang yang sama, dakwa doktor muda itu memintanya untuk keluar minum bersamanya dan kemudian cuba menyentuhnya dalam keadaan tidak sopan.
Pegawai perubatan itu juga mendakwa ketua jabatannya itu mengancam untuk menggagalkan ujian komponen bukan akademik jika beliau tidak menuruti kemahuan lelaki berkenaan.
Doktor itu selanjutnya mendakwa tidak ada sebarang tindakan dikenakan terhadap ketua jabatan hospital itu walaupun dia telah membuat laporan polis pada Oktober tahun lalu.
The Star juga mewawancara beberapa pegawai perubatan lain yang tidak dinamakan yang dilaporkan bercakap mengenai dakwaan pengalaman yang sama dengan mangsa.
Salah seorang pegawai perubatan mendakwa dia dibuli dan diletakkan dalam syif kerja 36 jam apabila beliau menolak pelawaan lelaki tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.