Walaupun berbeza parti, anggota parlimen Rembau Khairy
Jamaluddin tampil mengucapkan selamat berjaya kepada musuh politiknya
daripada PKR Rafizi Ramli.
Mengulas pemilihan PKR bulan depan, Rafizi berharap
Rafizi berjaya merebut kerusi timbalan presiden, yang kini disandangoleh
menteri ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.
“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi).
“Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” katanya yang
tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan presiden Umno
baru-baru ini.
Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Khairy yang
mengosongkan kerusi ketua Pemuda, tewas di tangan timbalan presiden
Datuk Seri Zahid Hamidi.
Khairy bagaimanapun berada di kedudukan kedua
meninggalkan seorang lagi calon Tengku Razaleigh Hamzah, anggota
parlimen Guan Musang dan veteran Umno.
Jika Azmin mempertahankan jawatan itu, ia pasti
menyaksikan pertembungan antara dua kem yang sudah beberapa tahun
berbahang dalam parti.
Bagaimanapun terdapat spekulasi Azmin mungkin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden.
Azmin setakat ini belum mengisytiharkan keputusannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.