GUA MUSANG: Sikap tolak
ansur kerajaan seperti tidak dihiraukan sekumpulan masyarakat Orang
Asli apabila meneruskan sekatan laluan ke Pos Tohoi.
Penghulu Jumak Abak dari Kuala Betis
berkata, guru-guru yang menggunakan laluan itu untuk ke Sekolah
Kebangsaan Tohoi juga disekat.
Katanya, kumpulan guru guru yang datang hendak bertugas di sekolah itu terpaksa berpatah balik ke Gua Musang.
“Begitu juga penduduk Orang Asli dari
perkampungan di Pos Tohoi pun dihalang dan tidak dibenarkan keluar atau
masuk melalui jalan yang dibina syarikat pembalakan.
“Perbuatan kumpulan Jaringan banyak
menyusahkan orang ramai. Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bertindak
tegas kerana tindak tanduk kumpulan itu menyusahkan orang lain,” katanya
di sini.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri
minggu lepas, Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah
memberitahu kerajaan negeri banyak bertolak ansur dengan masyarakat
Orang Asli.
Sekatan laluan lori balak dilakukan kumpulan Jaringan sejak akhir 2016 dengan didalangi pihak tertentu.
Malah pada tahun lepas sekumpulan ditahan polis kerana terbabit dengan sekatan laluan tersebut. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.