Calon ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh menyokong
Rafizi Ramli bertanding jawatan nombor 2 kerana usahanya dalam
mempertahankan agenda reformasi.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut menggesa ahli PKR mempunyai prinsip jelas dan menyokong calon yang memperjuangkan agenda reformasi.
“(Saya sokong Rafizi) bukan sebab orangnya, tapi sebab prinsipnya (memperjuangkan agenda reformasi).
“Kita bersama atas prinsip, tidak ada main 2 kolam, main selamat dalam kapal ini atau kapal lagi satu,” katanya ketika berucap di depan lebih 500 penyokong Rafizi hari ini.
Rafizi yang merupakan naib presiden PKR, dijangka berdepan tentangan penyandang jawatan itu, Datuk Seri Azmin Ali.
Fuziah yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR berkata, beliau kembali bertanding jawatan ketua wanita bukan kerana jawatan atau kuasa, tetapi untuk mempertahankan gerakan reformasi.
“Saya pernah jadi ketua wanita sebanyak 2 penggal, kenapa saya nak balik semula jadi ketua wanita, seolah-olah turun pangkat, tetapi demi agenda reformasi saya bertanding.”
Fuziah antara 8 regu Rafizi, selain Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen Permatang Pauh), Datuk Johari Abdul (ahli Parlimen Sungai Petani), William Leong (ahli Parlimen Selayang), S Kesavan (ahli Parlimen Sungai Siput), Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga), Akmal Masir (ahli Parlimen Johor Bahru) dan Raymond Ahuar (ketua Pemuda PKR Sabah) dalam kempen merebut jawatan nombor 2 PKR.
Sehingga kini, Azmin belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.