Kejadian berlaku ketika pemandunya dalam perjalanan dari arah Persiaran Kewajipan menghala ke plaza tol Sunway.
Menurut Aliff, kejadian itu menyebabkan dia mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit.
Khabar mengenai kemalangan itu juga dinyatakan sendiri oleh Aliff melalui kenyataan umumnya.
“Aku insan yang lemah. Kuatkanlah semangatku ya Allah.
"Apa patut saya buat... kereta kesayanganku, aku beli RM1.8 juta, tak ada salah, tak ada apa tetiba meletup,” katanya.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam ketika pemandu Ferrari itu bersiar-siar sendirian.
Laporan awal menunjukkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.
Meletup lepas seminit
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, sumber dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memberitahu, pemandu terbabit dibawa dari situ oleh pekerja lebuh raya.
“Saksi-saksi memberitahu lelaki terbabit memandu sendirian," katanya.
Seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas mendapat laporan mengenainya.
Bagaimanapun, kata sumber itu bomba sedang menunggu laporan daripada polis.
Katanya pemilik sebenar kereta itu juga akan dikenal pasti apabila sallinan laporan polis dan geran kereta itu dihantar ke pihak forensik," katanya melalui teks ringkas kepada Malaysiakini.
Sementara itu Utusan Online melaporkan kereta Ferrari itu memang milik Aliff Syukri namun dipandu oleh orang lain ketika ia mula terbakar.
“Benar, itu kereta saya dan harganya RM1.8 juta. Memang ini satu dugaan buat saya.
“Saya tidak boleh komen banyak tetapi ketika kejadian kereta itu dipandu rakan saya untuk bersiar-siar,” katanya dipetik.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Muhammad Azlin Sadari pula berkata kenderaan mewah terbabit dipandu lelaki Australia berusia 29 tahun.
Katanya, berdasarkan kenyataan pemandu, kebakaran bermula dari bahagian ekzos.
"Lelaki tersebut kemudian memberhentikan kereta dan kira-kira seminit kemudian kenderaan itu meletup dan api marak semalam kira-kira 30 minit," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.