Pada masa sama Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana dipilih sebagai Presiden Umno bagi penggal 2018-2021, namun beliau tidak akan melupakan apa yang pernah parti itu lakukan terhadapnya suatu ketika dahulu.
"Tahniah, ini bermakna dia disayangi oleh Umno, dan saya mengucapkan tahniah kepadanya, tetapi kami tidak akan bekerjasama dengan mereka.
"Mereka melakukan banyak perkara kepada kami pada masa lalu, kami tidak dapat berbuat apa-apa, kami tidak dapat mengumpul sumbangan.
"Semua kawan saya tidak dapat mendekati saya, mereka semua melarikan diri, meninggalkan saya sendiri,” katanya
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Zahid sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti pada hari Sabtu.
Terdahulu, Dr Mahathir bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali membuat lawatan ke pejabat pusat khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City bagi memantau persiapan pejabat.
Pada 2016, Dr Mahathir keluar dari Umno susulan tidak berpuas hati dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) lalu menubuhkan partinya sendiri iaitu Bersatu.
Bagaimanapun, beliau menghadapi banyak masalah dalam mendaftarkan parti tersebut dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri kendalian Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Pada PRU14, ROS menggantung Bersatu lalu memaksa parti tersebut bertanding di bawah logo PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.