Datuk
Seri Azharuddin Abdul Rahman, yang sentiasa menjadi perhatian awam
susulan tragedi pesawat MH370 dan MH17, mengumumkan meletak jawatan
sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Beliau menghantar surat itu hari ini dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa 14 Ogos depan.
Azharuddin memberikan notis peletakan jawatan itu sehari selepas Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Bagi MH370 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia, mengeluarkan Laporan Penyiasatan Keselamatan MH370.
“Dengan rasa dukacita dan selepas memikirkan dan membuat pertimbangan mendalam, saya memutuskan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi CAAM berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis letak jawatan yang saya serahkan hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Sejak empat tahun lepas, Azharuddin berkata beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu dalam misi pencarian pesawat malang Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac, 2014, semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.