Sabtu, 30 Jun 2018

Umno Pekan pilih Ku Li?

Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mendapat 522 undi mengatasi Ahmad Zahid Hamidi (209) dan Khairy Jamaluddin pula mendapat 137, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
UMNO Pekan yang dipimpin Najib Razak  memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden Umno yang baru, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperolehi The Malaysian Insight.

Tengku Razaleigh mendapat 522 undi mengatasi Ahmad Zahid Hamidi (209) dan Khairy Jamaluddin pula mendapat 137, kata sumber.

Bagaimanapun keputusan daripada akaun Twitter @PemilihanUmno, setakat jam 7.54 malam menyaksikan Zahid menang di 51 bahagian, mengatasi 44 undi dimenangi Khairy. 

Tengku Razaleigh pula kekal di tempat ketiga dengan 20 bahagian.

Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum ini memaklumkan keputusan rasmi hanya akan diumumkan melalui sidang media, dan tiada paparan disediakan untuk media memantau keputusan pemilihan hari ini di auditorium Menara Dato’ Onn seperti pemilihan sayap minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Zahid, Fadzlette Othman Merican ketika ditemui di ibu pejabat Umno berkata bekas timbalan perdana menteri itu akan hadir ke Menara Dato’ Onn malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Rauf Ab Yusoh juga dilihat hadir ke tempat sama pada jam 7 petang tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.