OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH ALAM: Tabung Harapan Malaysia (THM) mengumpulkan RM108,215,946.39 juta, setakat jam 3 petang tadi.
Jumlah itu berjaya dikumpulkan sejak dilancarkan, pada 30 Mei lalu
dan dimaklumkan melalui laman Facebook Kementerian Kewangan.
Penubuhan tabung itu diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang membantu menangani
masalah hutang negara yang kini lebih RM1 trilion.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma
yang disalurkan kepada THM akan hanya digunakan untuk membayar hutang
kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.