Jumaat, 1 Jun 2018

Najib tarik balik saman terhadap Harakah

 
   
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah menarik balik saman fitnahnya terhadap akhbar PAS Harakah dan dua lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berhubung laporan Harakah yang berdasarkan artikel New York Times mengenai 1MDB dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Peguam PAS Wan Rohimi Wan Daud, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan penarikan balik saman itu.

"Penarikan balik saman itu direkodkan oleh Hakim Datuk Hue Siew Kheng," katanya.

Saman Najib terhadap Harakah adalah antara yang pertama difailkan oleh bekas perdana menteri pada tahun 2014.

Ini adalah penarikan balik ketiga oleh Najib berhubung saman fitnah yang difailkan olehnya.

Dalam dua minggu lalu, Najib telah menarik balik samannya terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.

Najib pada 2015 menyaman Harakah, pengarah urusannya, Rosli Yaakop dan ketua pengarang Taufek Yahya, ekoran artikel itu, yang didakwa menggambarkan beliau sebagai menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.