Perdana Menteri berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.
“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.
Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.
“(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.
“Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman Najib adalah bernillai RM1 billion dan ia tidak termasuk rampasan wang tunai.
Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan masa tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.