Khamis, 28 Jun 2018

Najib boleh lihat barang rampasan, tetapi... - KPN

Raja Hisyam Raja Zaid, Astro Awani
Najib boleh lihat barang rampasan, tetapi... - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Najib perlu melalui beberapa proses dan prosedur yang telah ditetapkan mengikut Operasi Prosedur Standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak polis. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Pihak polis akan memberikan kebenaran kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat sendiri barangan dirampas pihaknya di semua premis yang dikaitkan dengan beliau sekiranya ada permintaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun ia perlulah melalui beberapa proses dan prosedur yang telah ditetapkan mengikut Operasi Prosedur Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya rasa kalau ada permohonan, kalau ada keperluan kita akan benarkan, tidak ada masalah. Tetapi barang setengahnya ada kita letak di tempat-tempat yang dibenarkan, contohnya di Bank Negara.

"Kadang-kadang kita tiada tempat yang sesuai untuk menyimpan barang. Jadi semua proses ni seboleh-bolehnya kita mengikut prosedur ataupun SOP yang telah kita tetapkan," jelasnya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Kontinjen Dan Daerah Terbaik OP Selamat  sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman.

 BACA: Nilai rampasan polis subjektif, harta adalah hadiah - Najib
BACA: Nilai rampasan dianggar RM900 juta hingga RM1.1 bilion - Amar Singh

BACA: 1MDB: Rosmah juga sedang disiasat - Amar Singh
Ia susulan kenyataan yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu yang menyatakan hasrat untuk melihat sendiri hasil rampasan tersebut.

Semalam Najib meragui nilai sebenar yang diberikan oleh pihak polis terhadap kesemua barangan yang dirampas itu sehingga mencecah RM1.1 bilion.

Mohamad Fuzi bagaimanapun menafikan nilaian itu dibuat oleh pihak polis sebaliknya penilaian tersebut dibuat oleh pakar yang dipanggil.

“Anggaran barangan dan juga wang tunai diantara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Jadi perkiraan ini dibuat bukan kita yang buat, kita panggil pakar-pakar, kita bukan pakar tapi kita lantik pakar-pakar ini untuk membantu kita membuat penilaian dan pengiraan terhadap semua barang-barang yang ditemui di premis-premis berkaitan,” katanya.

BACA: Bijan, untuk yang 'ada-ada' sahaja

BACA: "Stokin RM403 sepasang, beg tangan paling mahal berharga RM1.6 juta" - 5 fakta menarik mengenai jenama Bijan

BACA: "Jumpa kami jika rampasan itu ada wang UMNO" - Amar Singh


Malah jelasnya jumlah wang tunai itupun pihak polis terpaksa meminta bantuan daripada Bank Negara untuk mengira jumlah keseluruhan yang dirampas.

Beliau juga menjelaskan siasatan terhadap kes membabitkan bekas perdana menteri itu juga telahpun hampir lengkap sepenuhnya.

Polis juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang pernah memberikan hadiah dan termasuk dalam barangan yang dirampas itu untuk tampil memberikan kerjasama kepada polis.

“Kitapun setakat ini belum mengenal pasti siapakah yang bagi dan sebagainya, tetapi kalau mereka datang pada kita, kita sangat mengalu-alukannya."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.