Selama beberapa dekad, pemimpin MIC didakwa melakukan pelbagai jenayah termasuk menjarah dan membunuh yang menurut pengkritik dilindungi oleh kerajaan BN.
Walau bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan hari ini berjanji bahawa semua pertuduhan itu akan disiasat semula.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata beliau akan membangkitkan perkara itu di kabinet jika pihak berkuasa tidak bertindak.
Selain salah laku oleh MIC, ahli parlimen DAP itu berkata dakwaan salah urus dan rasuah di kuil Hindu juga akan dibuka semula.
"Pembunuhan, ketidak-telusan, penipuan, pembohongan ... kuil-kuil yang diuruskan secara salah, wang yang diseleweng... semua ini akan disiasat.
"Saya yakin jabatan-jabatan berkenaan, SPRM, pejabat peguam negara, polis, akan meneliti dan mengambil tindakan.
"Selepas masa tertentu, jika ia tidak berlaku, kami akan membawa perkara ini ke kabinet untuk tindakan yang sesuai," katanya.
Kulasegaran berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan salah laku yang melibatkan pemimpin MIC yang dibangkitkan semasa satu sesi perbincangan di Petaling Jaya awal bulan ini.
Menteri itu berkata bahawa beberapa kes berkenaan akan diteliti tanpa sebarang arahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.