Beliau hanya mendapat 161 undi berbanding pencabarnya Mohammad Ali Mohamad yang meraih 353 undi dalam keputusan tidak rasmi.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 8 malam nanti.
Dipercayai semua “Team Idris” juga gagal merebut jawatan ditandingi mereka.
Kekalahan Idris sudah dijangka susulan desakan akar umbi Umno Bahagian Tangga Batu yang sebelum ini mahu beliau bertanggungjawab atas kekalahan memalukan Umno di Melaka dan meletak semua jawatan dalam parti peringkat negeri.
Sebelum pemilihan, akar umbi juga membuat permohonan kepada Umno Pusat supaya kelayakan bertanding Idris dibatalkan kerana didakwa mengamalkan politik wang, dengan menawarkan elaun RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban setiap tahun untuk setiap cawangan yang menyokongnya dalam pemilihan parti tahun ini dalam manifestonya.
Barisan Nasional yang diterajui Umno kalah tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Melaka, hanya menang 13 kerusi DUN berbanding 15 DUN yang dimenangi Pakatan Harapan, seterusnya menyebabkan perubahan kerajaan negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.