Pada janji ke-15 manifesto itu - di bawah tajuk Memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara Daripada Pejabat Peguam Negara, HARAPAN menyatakan:
Peguam negara akan dilantik daripada
kalangan anggota parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi
seorang menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat
undang-undang bagi kerajaan.
Jawatan Pendakwa Raya pula akan
dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira
kepentingan politik kepartian.
Beliau akan mengetuai Pejabat Pendakwa
Raya Negara yang mempunyai autonomi dalam melaksanakan kuasa-kuasa
pendakwaan, iaitu sama seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain
yang demokrasinya lebih matang.
Bagaimanapun Tommy mungkin sesuai untuk satu lagi jawatan lain seperti yang dinyatakan pada janji ke-15 manifesto berkenaan, iaitu mengetuai Jabatan Pendakwa Raya.
Ketika ini peguam negara juga bertindak sebagai pendakwa raya da manifesto HARAPAN menjanjikan pengasingan tugas bagi kedua-dua jawatan terbabit.
Pencalonan Tommy sebagai peguam negara dibuat lebih seminggu lalu tetapi setakat ini belum mendapat perkenan daripada Agong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.