KUALA LUMPUR
– Bank-bank komersial konvensional di Malaysia akan mengenakan kadar
sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan
perkhidmatan perbankan berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018.
Sebelum ini,
semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST
berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dalam
kenyataan, hari ini.
“Sekiranya
terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk
perbankan yang dibeli atau perkhidmatan perbankan yang diberikan pada
atau selepas 1 Jun, 2018, orang ramai dinasihatkan menghubungi bank
masing-masing untuk mendapatkan penjelasan,” menurut persatuan itu.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.