Jumaat, 29 Jun 2018

BN kalah PRU14 kerana Najib, kata ahli Umno



Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum ke-14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak, selain faktor cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB), kata perwakilan dan ahli Umno dalam satu kajian terbaru Merdeka Center. – Gambar fail The Malaysian Insight
 
SEBAHAGIAN besar ahli dan perwakilan Umno percaya Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak, berbanding faktor-faktor lain termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB)

Dua daripada lima perwakilan dan ahli Umno dalam satu kajian terbaru Merdeka Center menyalahkan kekalahan BN pada Najib, manakala hanya seorang daripada lima menyalahkan GST.

Hanya 8% daripada responden kajian itu berpendapat BN kalah kerana kritikan Dr Mahathir Mohamad ke atas Putrajaya, sementara 14% percaya isunya 1MDB.

Kajian Merdeka Center ini melibatkan 723 responden terdiri daripada  perwakilan dan ahli biasa Umno dari 191 bahagian di seluruh Malaysia.

Kaji selidik secara temu bual melalui telefon itu dijalankan minggu ini, antara Isnin hingga semalam.

PAS yang menyebabkan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di semua kerusi Parlimen bukan faktor BN kalah, kata kajian itu lagi.

Kajian itu meliputi 69% ahli biasa, 1% ketua bahagian atau ahli jawatankuasa bahagian, 13% ketua atau AJK cawangan, 5% ahli sayap Pemuda, Puteri dan Wanita, dan 8% bukan ahli atau penyokong Umno.

Daripada 723 responden itu, 75% lelaki dan 25% wanita, berumur antara 21 hingga lebih 60 tahun. Majoriti responden atau 44% berumur di bawah umur 40 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.