Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengingatkan pemain muda
yang menjadi rakan sepelatih dalam Kejohanan Piala Thomas baru-baru ini
bahawa peranan mereka bukan sekadar membantu rakan sepasukan ketika sesi
pemanas badan dan menonton perlawanan semata-mata.
Katanya menjadi rakan sepelatih bukan sekadar menonton perlawanan semata-mata, tetapi mempelajari teknik permainan senior dan pemain lawan yang hebat terutamanya dari Jepun, Denmark dan Indonesia.
Menceritakan pengalamannya, Chong Wei berkata beliau menyertai pasukan Piala Thomas ketika berusia 19 tahun sama seperti pemain pelapis, walaupun tidak diturunkan ketika itu, beliau turut merasai tekanan yang sama seperti pemain senior ketika itu.
“Kita kena terima kekalahan tetapi perlu belajar bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dan skil.
Selepas Piala Thomas baru-baru ini, saya dan barisan jurulatih ada berbincang mengenai pemain-pemain pelapis.
Mereka seperti Lee Zii Jia, Soong Joo Ven, Leong Jun Hao dan beberapa lagi pemain pelapis merupakan pemain yang akan menggantikan tempat saya, mereka ada bakat dan berkerja keras, saya percaya jika semangat itu sentiasa ada mereka boleh jadi pemain 10 terbaik dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Kuala Lumpur hari ini.
Pemain berusia 36 tahun itu berkata pemain muda perlu sedar pemain-pemain antarabangsa seperti Kento Momota, Viktor Axelsen, Anthony Ginting adalah pesaing hebat kerana mereka satu generasi.
Chong Wei berkata pemain negara perlu memanfaatkan peluang ketika di Bangkok baru-baru ini dengan belajar mengkaji corak permainan barisan pemain luar yang sedang meningkat naik itu.
“Pemain pelapis negara perlu tahu, pemain-pemain ini adalah pesaing mereka nanti, jadi belajar strategi permainan mereka ini, bagaimana mahu menentang mereka. walaupun jadi rakan sepelatih, dari situ kamu belajar.
Persatuan bukan suka-suka bawa pemain muda ini ke Piala Thomas, kita mahu mereka belajar, merasai pengalaman bersama-sama pasukan walaupun tidak diturunkan,” katanya. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.