Ahad, 3 Jun 2018

Anwar: Australia perlu pulangkan Sirul

KEADILAN DAILY

Sirul


Australia perlu memulangkan kembali Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaaribu, penterjemah yang menjadi broker dalam skandal pembelian kapal selam sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Seruan itu dibuat Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sudah tiba masanya Australia menerima hakikat sebahagian dasar luarnya jelas telah dicemari, dan dilihat ramai rakyat Malaysia sebagai bersubahat, atau toleran, terhadap tindakan jenayah dan rasuah,” kata Anwar kepada Radio ABC.

“Jadi saya fikir pihak berkuasa Australia perlu memastikan hal ini dibetulkan dan ia bermakna dia (Sirul) perlu dibenarkan untuk pulang,” katanya lagi.

Sirul berada di Australia selepas melarikan diri sebaik sahaja dijatuhkan hukuman mati dalam  perbicaraan kes bunuh tersebut.  

Beliau dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 2013.

Sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda yang turut terkait dengan pembunuhan itu bagaimana pun dibebaskan mahkamah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.