Jumaat, 29 Jun 2018

Abdul Wahid letak jawatan hari ini?

Ainul Asniera Ahsan
Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar


KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dipercayai melepaskan jawatannya hari ini.

Spekulasi itu hangat diperkatakan selepas Abdul Wahid dijadualkan bertemu dengan kakitangan PNB petang ini.

Pertemuan itu dipercayai sebagai majlis perpisahan sebelum Abdul Wahid yang meletakkan jawatannya.

Abdul Wahid menerajui PNB pada 1 Ogos 2016 menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Nama Abdul Wahid antara peneraju syarikat milik kerajaan yang dikatakan telah diminta melepaskan jawatan kerana dikaitkan dengan penglibatannya dalam menjelaskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

PNB dijangka akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin berkaitan perkara yang sama. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.