Presiden Paksi Seniman Rakyat (Paksi) Dinsman tidak berasa terkilan
apabila jemputan untuk bertemu pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN)
baru-baru ini bagaikan tidak bersambut.
Walaupun tiada pimpinan HARAPAN yang hadir pada acara Paksi yang diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 26 hingga 27 April lalu, Dinsman berkata beliau menerimanya dengan hati terbuka.
"Saya tak kecewa, Saya dah menduganya. Saya membuat jemputan di Facebook itu sebagai menyatakan sikap 'tekad budaya' yang selalu saya kemukakan sebagai perjuangan golongan seniman - budayawan - intelektual," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Bagaimanapun, kata Dinsman penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong ada datang ke acara itu sebanyak dua kali walaupun sibuk dengan kempen pilihan raya umum.
"Tiada yang datang. Di Kuala Kubu Bharu itu hanya Lee Kee Hiong yang datang.
"Beliau memang selalu bersama kami dalam program-program seni dan budaya yang sering kami buat di situ," katanya.
Menurut Dinsman, jemputan yang dibuat oleh badan keseniaan dan kebudayaan itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan HARAPAN.
"Sebab apa saya nak jumpa (pimpinan HARAPAN? Sekurang-kurangnya saya menyatakan sokongan kami kepada HARAPAN. Sebab itu saya tak menjemput pihak BN," kata Dinsman, atau nama penuhnya Che Shamsuddin Othman.
Pertengahan bulan lalu Dinsman mengajak pemimpin HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu untuk bertemu dalam satu program seni budaya yang diadakan Paksi pada 26 hingga 27 April.
Dalam catatan Facebooknya, Dinsman berkata, para pimpinan utama HARAPAN boleh datang pada bila-bila masa dalam tempoh itu di Kuala Kubu Bharu.
"Tengah malam pukul 3 pagi pun boleh. Kami sedia menunggu dan menyambut. Boleh saja hubungi YB Lee Kee Hiong, sahabat baik kami yang juga ADUN di situ kalau ada sebarang keraguan," kata pengarah teater Menunggu Kata Dari Tuhan itu.
Dinsman menambah ada pihak tertentu mahu membawa pimpinan politik berkenaan bertemu Paksi, namun memintanya membuat jemputan rasmi.
"Saya tak setuju sebab tak mahu mereka jangkakan yang lebih-lebih menjadi majlis kempen politik.
"Program kami santai-santai saja di kalangan seniman-budayawan. Kalau mereka minat datanglah, (kalau) tak minat tak mengapa," katanya lagi.
Belum ada lagi puisi untuk Dr M
Untuk rekod, Dinsman yang sebelum ini dikenali sebagai seorang penulis sastera dan penggiat teater, pernah mengarang dua puisi buat Mahathir.
Pertama, Puisi Panjang Untuk Mahathir yang dihasilkan pada 1977 dan kedua, Macam Orang Gila yang ditulis pada 2011.
Kedua-dua puisi itu dituju kepada Mahathir dalam dua nada berbeza.
Ketika ditanya apakah beliau akan mengarang sebuah lagi puisi untuk Mahathir, Dinsman berkata perkara itu belum ada dalam perancangannya.
"Atau belum ada puisi panjang yang baru untuk dia (Tun Mahathir)," kata pengarang buku politik 'Gagalnya Formula Mahathir' (1998) itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.