Sinar Harian /ASTRO AWANI
Bangunan itu akan berwajah baharu dengan warna biru muda sedangkan warna korporatnya yang asal ialah warna biru gelap.
Apakah warna baharu itu seiring dengan perubahan kerajaan yang menggunakan warna tema biru muda?
Mungkinkah warna biru muda itu adalah warna korporat syarikat Geely dari Cina yang punyai saham 49.99 peratus di dalam Proton?
Semakan di internet menunjukkan warna logo syarikat Geely punyai warna biru yang berlainan.
Apabila ditanya kepada salah seorang petugas Proton, mengapa warna tema premis bertukar warna?
Jawabnya sambil tersenyum, "Warna biru muda yang dipilih tu mungkin secara kebetulan!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.