PONTIAN – Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama
di Pontian hangus terbakar dalam kebakaran pada 5.35 pagi ini.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Mahadir Mamat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kilang memproses ayam tersebut terbakar 100 peratus, namun kira-kira 9,000 ekor ayam berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, semasa kejadian terdapat lebih 10 pekerja di kawasan itu dipercayai untuk memulakan kerja.
Beliau berkata, operasi memadam kebakaran itu turut melibatkan bantuan daripada jentera dan anggota dari balai Pontian dan Pontian Baru.
“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.