BUTTERWORTH: PKR negeri ini menerima tamparan hebat menjelang Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
negerinya, Asrol Sani Abdul Razak bersama lebih 100 ahli parti itu
mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mereka kecewa dengan
kepimpinan PKR negeri diterajui Datuk Dr. Mansor Othman membabitkan
pelbagai isu.
Jelasnya, antara yang bertindak keluar parti hari ini ialah Timbalan
Ketua Skuad Keselamatan PKR negeri, Mohd. Edy Jabatan Exco AMK negeri,
Mohd. Alif Fitri Kamarul Zaman dan Pengarah Program PKR Bertam, Saumi
Husin.
“Ahli yang mengambil keputusan ini terdiri daripada kawasan Bagan,
Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh,” katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.