Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata jumlah mangsa meningkat malam ini berikutan terdapat sebuah PPS dibuka di daerah Kerian, melibatkan 22 orang yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Tengah pada 4 petang tadi.
Tiga lagi PPS juga masih dibuka di tiga daerah membabitkan daerah Taiping di Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, Trong, Kampung Temelok, kekal menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.
Di daerah Manjung juga kekal 48 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis.
Sementara di daerah Hilir Perak, jumlah mangsa menurun kepada 60 orang daripada 14 keluarga berbanding 66 mangsa daripada 16 keluarga pada pagi tadi, yang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap, kata kenyataan itu. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.