MALAYSIA DATELINE
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian tidak hanya terkenal sebagai
universiti yang memiliki peralatan canggih dengan pakar-pakar perubatan
yang berwibawa di rantau ASEAN, tetapi turut menghasilkan profesional
tempatan bertahap pemimpin dan tokoh masyarakat dan negara.
Datuk Dr Abdul Halim Yusof, calon Pakatan Harapan bagi P.024 Parlimen
Kubang Kerian ialah profesor madya bidang orthopedik, yang juga seorang
tokoh masyarakat tempatan.
Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah, calon N.19 Demit pula ialah profesor
bidang sains fizik dan perubatan nuklear yang telah berkhidmat selama
32 tahun di USM. Ini merupakan sejarah yang tersendiri untuk USM Kubang
Kerian.
Dr Abdul Halim berkhidmat lebih 23 tahun sebagai pensyarah, profesor
madya dan doktor pakar perunding ortopedik (subkepakaran pembedahan
tulang belakang dan pemulihan spinal cord), di USM Kubang Kerian.
Beliau mempelopori perubatan dan pembedahan tulang belakang di HUSM.
Malahan, beliau adalah antara pakar bedah tulang belakang pertama di
Malaysia yang memulakan surgeri endoskopik.
Dr Abdul Halim amat dihormati oleh para pesakit, pelajar dan rakan
sekerja bukan hanya kerana keilmuan dan kepakaran tetapi sikapnya yang
peramah, amat berdedikasi dan komited serta teliti dalam merawat
pesakit.
Sering mendapat jolokan ‘doktor yang memimpin’ beliau adalah
Setiausaha Persatuan Endoskopi Tulang Belakang Dunia (World Endoscopic
Spine Society (WESS) , 2012 – 2015, dan Presiden, Malaysia Spine
Society, 2013 – 2015 dan Pengerusi Kelab Doktor Pakar Negeri Kelantan,
2009 – 2014.
Di sebalik kesibukan sebagai pensyarah dan pakar ortopedik, beliau
amat aktif memberi khidmat kebajikan dan kesukarelawan kepada masyarakat
Kubang Kerian, Kota Bharu malahan seluruh Kelantan melalui beberapa NGO
yang dipimpinnya.
Semasa banjir besar 2014, beliau sebagai Timbalan Pengerusi Gabungan
Bantuan Bencana (BBNGO), menggerakkan NGO-NGO dan ratusan sukarelawan
turun ke medan, merancang dan menyelaraskan misi bantuan dengan pantas
dan sistematik ke seluruh Kelantan.
Selain itu, beliau adalah Pengerusi Gabungan NGO Negeri Kelantan
(2008 – 2016) dan anggota Pengasas dan Pengerusi pertama GEGAR iaitu
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat yang ditubuhkan pada 2009
hasil gabungan lebih 50 NGO Kelantan dan Terengganu yang memperjuangkan
royalti petroleum untuk rakyat di dua negeri tersebut.
Pejuang masyarakat madani dan keadilan, Dr Halim adalah Penyelaras
Wilayah Timur bagi MAFREL – Malaysians for Free and Fair Election, 2007 –
2010, yang memantau perjalanan pilihanraya di wilayah Timur demi
mempastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Minatnya yang mendalam dalam dakwah dan tarbiah Islam, membawanya
menjadi YDP Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), 2003 – 2007, dan
serta anggota pengasas Sekolah Rendah Islam Aman, Kota Bharu, pada tahun
1990 dan seterusnya menjadi Pengerusi Persatuan Persekolahan
Persendirian Kelantan (PERSIAP), 2004 hingga 2017.
Untuk P.024 Parlimen Kubang Kerian, Dr Halim akan berdepan dengan
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas dan Datuk Seri
Muhammad Abdul Ghani, Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian.
Sementara itu, Dr Wan Ahmad Kamil Bin Wan Abdullah, Profesor sains
fizik dan perubatan nuklear adalah juga merupakan cicit kepada Tok
Kenali, ulama tersohor Kelantan dan rantau Asean. Beliau menjadi
pensyarah USM selama 32 tahun. Beliau berkelulusan B.Sc dan PhD daripada
University of London, England.
Semasa belajar di England, beliau aktif memimpin kesatuan pelajar
termasuk kesatuan pelajar antarabangsa. Beliau menjadi Setiausaha Agung
Federation of Students Islamic Societies in UK and Ireland (FOSIS), 1979
– 1982; dan Timbalan Presiden Kelab Melayu United Kingdom (KMUK), 1983
–1984.
Selain itu, beliau menjadi Amir, Companions of The Mosque (bersama
Yusuf Islam), di Masjid Besar Regent’s Park, London, 1980 – 1982.
Di peringkat nasional dan antarabangsa, Dr Wan Kamil ialah Presiden
Persatuan Fizik Perubatan Malaysia sejak 12 tahun yang lalu selain wakil
negara dalam bidang radiologi diagnostik ke International Atomic Energy
Agency (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria.
Beliau juga merupakan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru
(PIBG) Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, sebuah sekolah di bawah
Yayasan Islam Kelantan. Sekolah ini asaskan oleh ibunya, Hajjah Rahmah,
cucu Tok Kenali, dan diberikan nama sempena nama ibunya.
Untuk DUN N.19 Demit Dr Wan Ahmad Kamil akan ditentang oleh Mumtaz Mohd. Nawi (Pas) dan Nurul Amal Mohd. Fauzi (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.