Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Tindakan seorang pemimpin PPBM Melaka bertanding sebagai
ahli Bebas di DUN Ayer Molek semalam hanya memperkuatkan tanggapan parti
itu huru-hara kata bekas pengasasnya, Anina Saadudin.
"Ianya (pertubuhan PPBM) secara huru-hara dan dibentuk secara tidak
sengaja selepas Muhyidin dan Mukhriz hilang jawatan maka sebab
pertubuhannya juga sudah huru-hara."
"Dia juga berhadapan dengan krisis perlembagaan dan gabungan antara
PKR, DAP, AMANAH dan PPBM itu juga bukan dibentuk atas satu asas yang
kukuh," ujarnya.
Anina berkata, isu ahli PPBM bertanding dalam parti Bebas atau parti
lain bukan sesuatu yang pelik kerana ianya berlaku di merata-rata tempat
di Malaysia.
"Isu ini bukan hanya berlaku di Ayer Molek sahaja, perbalahan daripada
ahli PPBM berkenaan dengan pembahagian kerusi ini berlaku di merata-rata
tempat dan di kawasan saya di Langkawi juga begitu.
"Kalau kamu tengok balik apa yang saya terangkan kepada kamu dari awal
maka kamu boleh nampak kenapa pada akhirnya semua menjadi kacau bilau,"
kata beliau lagi
Semalam, Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr
Kamarolzaman Mohd Jidi disahkan bertanding sebagai calon Bebas di DUN
Ayer Molek kerana kecewa tidak dicalonkan di kawasan itu walaupun
mendakwa sudah dijanjikan demikian oleh pucuk pimpinan.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa anggota PPBM
yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14 akan dipecat daripada
parti kerana mengkhianati perjuangan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.