KANGAR: Naib Pengerusi MCA Perlis, Khaw Hock Kong melepaskan semua
jawatan dalam parti dan kerajaan yang dipegangnya berkuat kuasa
serta-merta.
Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis itu menyatakan
demikian dalam satu kiriman WhatsApp yang dihantar kepada wartawan pada
Khamis.
Adun Titi Tinggi itu tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional
(BN) untuk pilihan raya umum ke-14 semasa pengumuman Pengerusi BN
negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan 2020, petang Khamis.
Seorang lagi Naib Pengerusi MCA Perlis, Teh Chai Ann menggantikan Khaw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.