Ulang kejayaan tadbir Kedah seperti zaman Allahyarham Tan Sri Azizan
SUNGAI PETANI – PAS menaruh keyakinan untuk mentadbir semula Kedah, sekali gus membentuk kerajaan baharu di negeri itu.
Calon PAS
bagi Parlimen Merbok, Ahmad Fauzi Ramli berkata, beliau yakin dengan
sokongan rakyat, dan optimis mampu merampas kerusi yang ditandinginya.
Beliau yang
juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Merbok dan Ketua Lajnah Ekonomi
PAS Merbok itu berkata, PAS mampu meraih sokongan rakyat berdasarkan
kepada gelombang perubahan yang sedang berlaku dalam arena politik
negara.
Katanya, PAS yakin sekiranya mendapat mandat daripada rakyat, mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan dan mengulangi kejayaan mentadbir Kedah sepertimana zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Katanya, PAS yakin sekiranya mendapat mandat daripada rakyat, mereka akan mengambil alih tampuk pemerintahan dan mengulangi kejayaan mentadbir Kedah sepertimana zaman kegemilangan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
“Kalau Allah
izin, kita nak ambil balik Kedah. Kita mahukan pemimpin yang boleh urus
tadbir dengan baik dan mempunyai latar belakang agama yang baik.
“Walau siapa pun yang bertanding, kita yakin rakyat kini bijak memilih dan mahukan pembaharuan,” katanya.
Parlimen
Merbok bakal menyaksikan pertembungan antara bekas Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Ketua UMNO Bahagian dengan
calon PAS, Ahmad Fauzi Ramli dan Ketua Wanita PKR negeri, Nur Azrina
Surip @ Nurin Aina Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.