Rabu, 25 April 2018

Harga minyak kekal lima minggu berturut-turut

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak di negara ini tidak berubah untuk minggu kelima berturut-turut.
 
Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter dan RON97 pula RM2.47 seliter.
 
Harga jualan runcit diesel pula masih RM2.18 seliter.
 
Pengekalan harga itu ketika lagi dua minggu rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 9 Mei.
 
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.