ULASAN: Biro Undang-Undang (Kanun), Parti Amanah Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media bertajuk “Isu Logo PH – SPR Usah Jadi “Terompah” BN pada 7 April 2018 yang lepas.
Ramalan Kanun bahawa SPR akan menjadi alat BN kelihatan semakin hari semakin terserlah. Hari ini SPR telah benar-benar menunjukkan sikap berat sebelah dengan membuat garis panduan gambar calon yang tidak masuk akal.
Larangan SPR itu antara lain, menyatakan, Penggunaan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik: (b) Dihadkan kepada gambar 2 orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon). (c) Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan
Kanun menegaskan bahawa tindakan SPR itu jelas bertentangan dengan Seksyen 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) yang menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah— (a) menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas penjalanan pilihan raya dan pendaftaran pemilih dalam daftar pemilih, dan hendaklah menentukan supaya semua pegawai pilihan raya menjalankan tugasnya dengan ADIL, TIDAK BERAT SEBELAH.
Kanun turut menegaskan bahawa Larangan SPR itu secara efektifnya akan menghalang calon atau wakil calon Pakatan Harapan (PH) menggunakan gambar Tun Mahathir Mohamad sebagai bahan kempen sedangkan seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan adalah Tun Mahathir dan calon Timbalan Perdana Menteri adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Tindakan ini juga sekaligus akan merencatkan kempen pilihanraya PH.
Kanun seterusnya berpandangan bahawa jika SPR benar-benar ingin menjadi alat dan terompah Barisan Nasional (BN) sewajarnya SPR terus sahaja menghalang parti selain BN daripada bertanding atau SPR terus sahaja membatalkan pencalonan selain daripada pencalonan BN.
Kanun juga menyarankan supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meletakkan jawatan dan bertanding sahaja atas tiket BN.
Walaubagaimanapun, Kanun juga menegaskan bahawa larangan SPR itu hanya terpakai ke atas calon dan wakil calon sahaja seperti yang disebut dalam Seksyen 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tetapi arahan tersebut tidak terpakai ke atas pengundi dan seluruh rakyat yang mengharapkan perubahan. Maka para pengundi adalah kebal terhadap arahan SPR itu.
Sehubungan dengan itu, Kanun menggesa supaya penyokong PH tidak berputus asa dengan “permainan” SPR ini dan berharap pimpinan PH dapat terus menggembeling semua rakyat Malaysia untuk membantah larangan SPR tersebut dengan memaksimakan bahan kempen yang berasaskan teknologi seperti facebook, instagram, twitter, youtube dan whatsapp serta bahan kempen yang berbentuk mobile seperti baju, topi, pelekat kereta yang membawa mesej perubahan dan harapan sehingga hasrat kita untuk melihat Malaysia berubah tercapai.
*Penulis adalah Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang (Kanun) AMANAH.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.