KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengeluarkan
sebarang kenyataan berhubung dakwaan ada calon tidak dibenarkan masuk ke
pusat penamaan calon, sehingga laporan lengkap diperolehi dan siasatan
polis dijalankan.
Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, difahamkan ada
pihak telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut, dan oleh itu
adalah tidak wajar pihaknya memberikan sebarang kenyataan.
“SPR mengambil maklum terhadap bantahan pihak terbabit yang tidak
dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon untuk menyerahkan kertas
pencalonan mereka semasa hari penamaan calon di bahagian pilihan raya
DUN Rantau dan Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ekoran tidak mempunyai
pas SPR.
“Terpulanglah kepada pihak terbabit untuk menggunakan saluran perundangan yang dibenarkan berkaitan kes itu,” katanya hari ini.
SPR meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
Semalam, calon PKR, Dr S Streram tidak dapat mengemukakan kertas
penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon yang disyaratkan
SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon bagi bahagian
pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.
Ini menyebabkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan
diisytiharkan menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.