Rabu, 25 April 2018

Dicop Geng Kartel Ratu Naga Digugur Calon PKR






Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga digugurkan menjadi calon PKR pada PRU 14 berpunca daripada perbalahan dua kem dalam parti Keadilan.

Hamizura Osman berkata Ratu Naga dicop kem Kartel pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sedangkan kuasa pemutus penentuan calon PKR terletak di tangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Termasuk nama Ratu Naga yang dah dicop sebagai kartel. Saya tahu nama Ratu Naga adalah calon awal dan nama besar paling kuat dalam deklarasi serta dalam PH. Ratu Naga dah turun seluruh Malaysia untuk buat kerja.

Tapi bila presiden PKR gugurkan nama, saya terkejut Wan Azizah, Nurul Izzah dan Rafizi masih tidak boleh memaafkan kesalahan Ratu Naga yang hentam mereka dulu waktu dalam UMNO.

“Hairannya kenapa Ratu Naga dah tahu lama tapi masih lagi buang masa terhegeh pada parti yang presidennya termasuk anak beranak bencikan beliau?

“Rafizi punya dendam dengan Jemin (Azmin) sampai ini sekali tidakan dibuat. Ini ke standard level presiden PH? Ini ke muka yang kononnya nak selamatkan Malaysia?,” soalnya dalam Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.