Rabu, 25 April 2018

DAP PERGUNA MAHATHIR PECAH UNDI MELAYU




Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah DAP yang mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menarik sokongan pengundi Melayu.

Perdana Menteri berkata, bekas Perdana Menteri itu diperkudakan DAP untuk pecah belahkan pengundi Melayu.

“Itu helah DAP cuba nak tunjuk berbaik-baik dengan orang Melayu…itu tipu sahaja. Begitu juga DAP hakikatnya adakah DAP suka kepada Islam dan bantu luar bandar?.

“Sebenarnya, pada pilihan raya ini pengundi hanya ada dua pilihan sama ada BN yang dipimpin dan ditunjangi UMNO atau pembangkang yang ditunjangi DAP,” katanya di Jerantut, Rabu.

Sementara itu, Najib menobatkan Mahathir sebagai ‘pelakon’ nombor satu negara apabila berbaik semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dahulu (Mahathir) bukan main kutuk (Anwar Ibrahim)…manusia paling teruk dan tidak ada moral tetapi tiba-tiba datang berjumpa di mahkamah dan bersalam-salaman.

“Saya tengok gelagat mereka pun geleng kepala. Dia memang pelakon nombor satu… tidak boleh pakai orang macam ini,” katanya. Najib yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat di Dataran Majlis Daerah Jerantut, di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.