SHAH ALAM: DAP mengumumkan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin sebagai calon untuk kerusi Parlimen Bakri, Johor.
Pengumuman rasmi dibuat setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam program di Muar hari ini.
Penyandang kerusi itu adalah Er Teck Hwa juga daripada DAP.
Yeo sebelum ini dilaporkan sebak apabila mengumumkan beliau akan bertanding di Johor.
Ahli Jawatankuasa DAP Selangor itu berkata, meskipun berasal dari
Segamat, beliau tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dengan
keputusannya untuk pulang menabur bakti di Johor.
Beliau menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada seluruh
pengundi yang memberikan sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
lalu.
Lim dalam pada itu turut mengumumkan Setiausaha Organisasi DAP Johor Ng Yak Howe sebagai calon di kerusi DUN Bentayan.
Kerusi Parlimen Bakri dipegang bekas menteri Datuk Chua Jui Meng selama lebih dua dekad.
Pada 2008, Er berjaya menewaskan calon MCA Tay Puay Chuan dengan
kelebihan 722 undi. Beliau menambah majoritinya kepada 5,067 undi pad
PRU 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.