BAGAN DATUK: Timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
sekali lagi memberikan bayangan bila pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
akan diadakan.
Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan Jelajah Pendidikan
Bumiputera (JPB) 2018, di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di
sini hari ini menggambarkan PRU14 akan dilaksanakan sebelum atau pada
bulan Mei selepas dimaklumkan lokasi terakhir serta penutupan jelajah
berkenaan akan diadakan di Miri pada 2 Mei.
“Itu mungkin dah lambat dah. Kalau boleh mintaklah cepat sikit, takut
perancangan tiba-tiba berubah. Sekian sahaja,” katanya ringkas pada
majlis berkenaan.
Sebelum ini Ahmad Zahid pernah memberi bayangan beberapa kali mengenai
bila PRU14 akan diadakan, antaranya, selepas Tahun Baharu Cina iaitu
dalam bulan Februari, ketika beliau menghadiri satu majlis di sini pada
November tahun lalu
Malah Ahmad Zahid juga sekali lagi memberi bayangan ketika menghadiri
Program Mahabbah Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Teluk
Intan pada Februari lalu bahawa PRU14 akan dilaksanakan sebelum Hari
Raya Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.