Kira-kira 38 peratus pengundi di Selangor belum membuat keputusan parti mana yang akan diundi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
EXCO Jabatan Penerangan UMNO Selangor, Norman Toha berkata, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi senyap atau pengundi atas pagar akan menjadi kuasa penentu kepada parti yang bakal mentadbir Selangor.
“Jadi UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meyakinkan pengundi senyap yang disifatkan sebagai duri dalam daging kepada parti yang bertanding.
“Mereka akan memerhati gelagat semua parti. Mereka juga akan meneliti manifesto yang ditawarkan oleh BN, Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GAGASAN),” katanya kepada Watan Online, pada Ahad.
Norman yang juga Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor berkata, pengundi senyap juga telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-12 dan PRU-13.
“Sebelum ini, pengundi senyap telah terpengaruh dengan dakyah serta pembohongan pakatan pembangkang. Jadi, Pada PRU-14, jentera BN perlu lebih agresif menangkis perkara ini.
“Namun, berdasarkan situasi semasa dapat dilihat angin perubahan telah berlaku di Selangor selepas 10 tahun ditadbir Kerajaan PR,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.