Khamis, 1 Mac 2018

PH Perak muktamad pembahagian kerusi DUN

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
IPOH: Pakatan harapan (PH) Perak mendakwa mereka sudah memuktamadkan sepenuhnya pembahagian kerusi DUN untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Setiausahanya, V Sivakumar, berkata pembahagian kesemua 59 kerusi DUN antara parti pakatan itu dipersetujui kesemua pucuk kemimpinan parti dua hari lalu.
 
"Kita sudah siap (pembahagian kerusi) 100 peratus, tidak timbul lagi kata PH Perak bergolak atau timbul konflik dalam kalangan pakatan pembangkang.
 
"Sudah selesai dua hari lalu, kita dah putuskan kerusi DUN mana (parti dalam PH) akan bertanding, namun kita tak akan dedahkan buat masa ini, biar dahulu," katanya pada sidang media mengenai Ceramah Perdana Jelajah PH@Kamunting di Wisma DAP di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
 
Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, PH Perak akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN pada PRU nanti.
 
Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa apabila memenangi 31 kerusi DUN, manakala pembangkang iaitu DAP (18), PKR (5) dan PAS (5). Bagaimanapun satu daripada kerusi PAS kini disandang wakil Amanah.
 
Sebelum ini ada laporan menyebut kegagalan memuktamadkan jumlah agihan kerusi di beberapa negeri termasuk Perak, Selangor dan Pulau Pinang yang berkecamuk, menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli terhadap keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat pakatan pembangkang.
 
Pembahagian kerusi PH di Perak kecoh selepas Amanah terpaksa mengorbankan kerusi kepada PPBM.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.