KANGAR: Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri ditahan reman selama
empat hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan kerana
menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam salah guna kuasa dan
rasuah.
Selain suspek, turut direman selama empat hari ialah seorang pemilik sebuah syarikat menjual makanan sejuk beku.
Kedua-duanya hadir di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira
pukul 10.30 pagi dengan pengarah tersebut memakai baju kemeja berwarna
putih dan pemilik syarikat itu, kemeja T berwarna merah dengan diiringi
pegawai SPRM.
Penjawat awam berusia 44 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 17a Akta
SPRM 2009 manakala pemilik syarikat berusia 39 tahun itu pula di bawah
Akta 16b akta yang sama.
Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rusita Md. Lazim.
Kes tersebut menjadikan seramai dua orang pengarah agensi kerajaan negeri ini ditahan SPRM dalam tempoh kira-kira dua bulan.
Pada 29 Januari lalu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Perlis bersama dua pengarah syarikat yang juga kontraktor direman bagi
membantu siasatan kes salah guna kuasa dan suapan bernilai hampir RM4
juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.