OLEH AFIX REDZUAN
SUBANG
JAYA: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina rumah
mampu milik bernilai RM200,000 ke bawah tanpa perlu melakukan gimik
menjelang pilihan raya.
Katanya, isu besar kini bukanlah jumlah
rumah yang dibina tetapi masalah pemohon yang gagal mendapatkan pinjaman
bank sekitar 60 peratus kerana peraturan ketat dikenakan Bank Negara
Malaysia (BNM)
“Di
manakah kewajaran Perdana Menteri membuat tuduhan tersebut sedangkan
Rumah PR1MA harganya RM400,000? Semua orang tahun PR1MA adalah rumah
mampu milik.
“Di Selangor walaupun harga tanah di Lembah Klang mahal tetapi kita berjaya kawal harga rumah di bawah RM250,000.
“Saya
cabar Perdana Menteri bina rumah mampu milik di Kuala Lumpur atau
Pahang di bawah RM200,000. Mereka tidak boleh (bina),” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada media selepas pelancaran Inisiatif Kemahiran
Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) di Pusat Konvensyen
Sunway Piramid.
Jelasnya, Kerajaan Negeri membina 25,000 buah rumah walaupun sasaran awal sekitar 15,000.
“Statistik
membuktikan 70 peratus daripada jumlah Rumah Selangorku di Selangor di
bawah RM200,000. Ini statistik, angka tidak pernah berbohong.
“Isu
sekarang bukan jumlah rumah yang mahu dibina. Isunya peminjam tidak
mendapat pinjaman daripada bank kerana kawalan kredit yang dikenakan
Bank Negara terlalu ketat ekoran hutang isi rumah negara kita.
“Maka Bank Negara perlu membantu melonggarkan dasar ini supaya pembeli rumah pertama dapat memiliki rumah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.