KUANTAN – Sebanyak 12 premis menjual cenderamata hangus terbakar kira-kira 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Sungai Burung, Cameron Highlands semalam.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian dilaporkan beraku kira-kira 10 malam semalam.
Bagaimanapun katanya, tidak ada sebarang kehilangan nyawa dan kecederaan yang berlaku dalam kebakaran itu.
“Seramai 14 anggota bergegas dan bertungkus lumus memadam kebakaran tersebut sejurus menerima aduan.
“Sehingga kini (12 tengah malam), pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran tersebut sepenuhnya,” ujar beliau.
Tambah beliau, pihaknya juga telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti punca kebakaran itu berlaku selain mengkaji jumlah kerugiannya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.